Friday, July 22, 2016

Cara masak gulai tempoyak yang simple tapi sedap

Hari ni Mokde nak kongsi resepi cara memasak gulai tempoyak yang paling simple tapi kompem sedap. Dah baca, wajib try tau!

Menu ini antara menu wajib kalau Mokde balik kampung. Wajib mintak mak masakkan, bukan sebab Mokde tak pandai masak, Tapi rindu dengan air tangan mak yang tentunya sedap sesangat lah! hihi

Baru-baru ni my asben memancing ikan, alhamdulillah rezeki dapat ikan Tongsan. Apa lagi, tak pernah-pernah la dia suruh masak gulai tempoyak ni, tup-tup hari tu dia suruh masak pulak..pelik nih..(my asben x makan gulai tempoyak tau, tapi anak jati perak ni..Mokde pon konfius ni nape die tak suka..hahaha)..tapi isterinya ni 'hantu tempoyak" pulak..pantang jumpe, mesti hirup kuah guali tempoyak punya..nasi pulak bertambah-tambah makan...hihi

Jom kita tengok bahan-bahan untuk memasak gulai tempoyak ni.

  1. Ikan Tongsan/Ikan Patin/Ikan Keli/Ikan Puyu/Ikan Haruan/Ikan ape2 je la yang rase sesuai
  2. 2 batang serai
  3. 2 biji cabai masak
  4. 4 biji cabai burung
  5. Garam kasar
  6. Serbuk kunyit sedikit
  7. Tempoyak (wajib ada nih tau!!!)
  8. Air


Cara-cara memasak
(ini style Mokde ye)

  1. Tumbuk cabai burung dan cabai masak hingga lumat (x lumpat sangat pon xpe, sedap jugak)
  2. Ketuk serai
  3. Masukkan ikan yang telah dicuci bersih ke dalam periuk,
  4. Sapukan kunyit pada ikan tersebut
  5. Masukkan cabai yang telah ditumbuk lumat, serai yang telah diketuk dan 3 sudu besar tempoyak ke dalam periuk yang berisi ikan.
  6. Gaul dahulu semua bahan bagi sebati, kemudian isi air (ngam-ngam rasa je, jangan banyak sangat dan jangan sikit sangat ye...)
  7. Baru pasang api
  8. Masaklah sehingga menggelegak dan ikan pon dah masak (jangan kacau selalu, takot ikan hancur pulak)
  9. Siap!!! sedia untuk dimakan dengan nasi panas-panas...nyummmy...


Gambar Ihsan dari mr. google... =)

Selamat mencuba!


Pengedar Shaklee Ipoh (COD Sungai Siput, Kuala Kangsar, Chemor, Tanjung Rambutan, Hulu Kinta, Tambun) dan juga Pengedar Shaklee Bota (COD Seri Iskandar, Bota Kanan, Lambor Kanan, Pulau Tiga, Kg gajah)

POS ke seluruh Malaysia

WHATAPS/MSG : 0189555760
EMAIL: sihazlee@gmail.com
FANPAGE: Kedai Mokde
FB: Norfasihah Sabran

No comments:

Post a Comment