Wednesday, April 20, 2016

SEMBELIT SELEPAS BERSALIN

Assalamualaikum

Semoga hari ini memberi kegembiraan buat pembaca blog seha. Hati tenang, hidup gembira.

Hari ini seha ingin berkongsi mengenai kenapa kerap terjadi sembelit selepas bersalin. Lagi-lagi yang bersalin normal, mesti rasa gerun & diam lama-lama dalam toilet kan.

Melalui pembacaan seha terdapat beberapa sebab kenapa boleh terjadi sembelit selepas bersalin. Punca sembelit selepas bersalin adalah kerana pergerakan najis di dalam usus menjadi perlahan. 

Terdapat sebab-sebab fizikal yang mungkin tidak boleh menggerakkan usus adalah:-

  • Jumlah progesteron yang tinggi mungkin telah menyebabkan sedikit sebanyak sembelit semasa hamil
  • Sistem pencernaan anda berfungsi dengan lebih perlahan semasa proses kelahiran
  • Ubat yang diberi untuk kelegaan sakit semasa proses kelahira, seperti petidina boleh menyebabkan usus anda berfungsi dengan lebih lembab dari biasa.


Kemungkinan masalah membuang air besar lebih tinggi jika:

  • anda melalui kelahiran dibantu, seperti forseps atau ventouse
  • anda pernah melahirkan bayi sebelum ini
  • anda mengambil pil zat besi atau ubat antidepresi, yang kedua-dua boleh menyebabkan sembelit
  • anda mendapat jahitan

Selain itu, faktor yang biasa kita dengar ialah kurangnya pengambilan serat dalam menu semasa berpantang dan kurang pengambilan air. Sering kali kita dengar cakap orang-orang tua melarang minum air banyak kerana takut urat kembang. Tetapi jika kita kurang minum air pula masalah sembelit akan timbul. Pengambilan jamu atau akar kayu yang bersifat panas juga menyebabkan badan kekurangan air, sekaligus menyebabkan sembelit.

Tips mengatasi masalah sembelit

1) Mula amalkan pengambilan serat yang tinggi, terutama sekali buah-buahan di dalam menu berpantang anda.

2) Minumlah air dalam kuantiti yang banyak 2-3 liter sehari. Cecair akan membuat najis anda lebih lembut dan senang untuk dilepaskan . Ia juga dapat mencegah jangkitan pada pundi kencing dan membantu dalam penghasilan susu ibu yang banyak


3) Lakukan banyak pergerakan kerana berduduk atau berbaring untuk masa yang lama akan membuatkan sembelit lebih teruk.

4) Apabila perasaan hendak ke tandas mula datang, anda jangan berlengah atau menahan kerana lebih lama anda menahan lagi sukar anda untuk melepaskannya.



5) Pengambilan supplement juga sangat membantu dalam masalah sembelit. Ibu berpantang amat digalakkan mengambil OSTEMATRIX kerana ianya mengandungi kalsium yang snagt diperlukan untuk membantu pergerakan otot, saraf dan saluran menjadi tidak tegang. OSTEMATRIX membantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda. Selain sembelit, OSTEMATRIX juga membantu dalam masalah sakit belakang bagi-bagi ibu ynag berpantang.

Antara testimoni-testimoni pengguna suplement OSTEMATRIX berjaya membantu masalah sembelit dan juga masalah kali krem serta sakit belakang.







Boleh dapatkan vitamin OSTEMATRIX ni dengan seha ye. Seha sedia & gembira membantu anda.

Pengedar Shaklee Ipoh (COD Sungai Siput, Kuala Kangsar, Chemor, Tanjung Rambutan, Hulu Kinta, Tambun) dan juga Pengedar Shaklee Bota (COD Seri Iskandar, Bota Kanan, Lambor Kanan, Pulau Tiga, Kg gajah)

POS ke seluruh Malaysia

WHATAPS/MSG : 0189555760
EMAIL: sihazlee@gmail.com
FANPAGE: Adeela Healthy Beauty
FB: Norfasihah Sabran

No comments:

Post a Comment