Monday, April 25, 2016

Cara membuat lempeng @ tempek pisang

Assalamualaikum

Balik kampung dua hari lepas terasa sangat best sebab mak buat tempek pisang.hihihi. dekat Kampung Telok Bakong kami panggil tempek pisang bukan lempeng pisang tau.

Seha belanja sikit gambar tempek pisang yang mak seha buat, bakar dalam kuala je.



Mula-mula sekali lenyek-lenyekkan pisang dalam besen, kami kat kampung selalu guna pisang awak sebab rasanya sedap & manis semulajadi, tak payah bubuh gula pon. Cuma tambahkan sedikit tepung dan garam sahaja. Tepung pon jangan banyak-banyak, nanti jadi keras tak sedap, hilang rasa pisang.

Pastu tempek-tempekkan bancuhan pisang bersama tepung tadi di atas daun pisang, tengah-tengah letak kelapa parut. kelapa parut ni kena bubuh garam sikit tau, sikit je jangan banyak sangat nanti masin tak sedap. pastu terlangkupkan, jadilah rupa macam dekat gambar atas tu.

Nah, seha belanja rupa dalam nye macam mana bila dah masak.



Sedap tak??? hihi... jangan terliur tau...

Pastu si kecik humaira pon bukan main seronok dekat kampung, sebab anak-anak along semua ada. 3 hero 1 heroin, habis bersepah rumah opah nya. 



Nampak x si kecik humaira sebelah yeop iman nya tu. hihihi.

Humaira seronok balik kampung, mama die bertambah-tambah la seronok kan. Tempat jatuh lagi kan dikenang, inikan pula kampung tempat dilahirkan dan dibesarkan.

Sekian, cerita untuk minggu ini. Semoga kita semua beroleh kegembiraan bersama keluarga tersayang.

No comments:

Post a Comment