Tuesday, March 22, 2016

Anak ohhhh Anak

Assalamualaikum

Anak penyeri rumah tangga
Anak penambat kasih suami isteri
Anak penyejuk hati mama papa

Marilah kita luangkan masa 10 minit pertama bersama anak selepas pulang dari kerja. Selalu nya bagi mama bekerjaya ni meluangkan masa dengan anak tak lama lagi-lagi weekday. Yela, Isnin hingga Jumaat kita bekerja dari pagi sampai la ke petang. Petang baru dapat bermain dengan anak. Tapi pada masa yang sama kita ada banyak lagi kerja-kerja rumah yang nk di uruskan. Balik kerja terus ke dapur masak dulu. Bukan bermain dengan anak kan?

Jom, Kita fikir-fikirkan......

8 hingga 9 jam kita dekat pejabat, anak selama itu juga dia berada di rumah pengasuh atau taska. Balik ke rumah nak tunggu masa tidur ada la lagi 3 jam sahaja kan. Masa ni la kita nak masak, kita nak mandi solat, kita nak basuh baju sidai baju lipat baju dan semua nya lah sehinggakan kita terabai masa yang berkualiti bersama anak-anak. 

Sebenarnya......

Mereka sangat hendakkan PERHATIAN kita
Mereka hendak BERKONGSI cerita dan perasaan 
Mereka mahu sangat KASIH SAYANG kita

Berjenakalah dengan mereka, tanyalah mereka apa yang mereka lakukan seharian. Tengoklah muka mereka reaksi mereka ketika bercerita. Tentu mereka seronok kita pon seronok, hilang terus stress kat tempat kerja. Secara tidaklangsung kasih bertambah erat, anak pon makin mendengar kata.


Impian mahu menjadi mama yang penyayang dalam ketegasan
Impian mahu menjadi mama yang terbaik buat anak-anak

In Shaa Allah... Mari kita sama-sama pasang impian-impian itu...


Yang Penuh kasih Sayang,
Mama kepada seorang Puteri Nur Adeela Humaira
Pengedar Shaklee 
0189555760




No comments:

Post a Comment