Thursday, March 31, 2016

Supplemen untuk anak dalam rahim jadi sihat dan bijak

Pagi tadi seha terbaca status Dr. Zubaidi di fb, beliau menyatakan makan supplemen untuk anak dalam rahim menjadikan anak tersebut sihat dan bijak. 

Bila seorang wanita telah disahkan hamil, permakanan yang diambil perlu dijaga. Perhatikan dan fikir sebelum memasukkan setiap makan ke dalam mulut. kerana setiap yang ibu makan anak turun terkena kesannya. 

Setiap ibu mesti ambil tahu apa nutrisi yang diperlukan ketika hamil dan makanan yang bagaimana yg memberikan nutrisi tersebut.

Ini penting untuk memastikan ibu dan anak dalam rahim kekal sihat sepanjang kehamilan.

Antara nutrisi yg diperlukan.
1. Asid folik
2. Kalsium
3. Zat besi
4. Iodin
5. Zink
6. Vitamin C
7. Omega 3

SEMUA NUTRISI-NUTRISI TERSEBUT TERDAPAT DI DALAM VITAMIN-VITAMIN SHAKLEE

Shaklee menawarkan:-

SET HAMIL (1st trimester)

1. Sustained Release Vitamin-C plus : Membantu meningkatkan imun ibu hamil dan meningkatkan pertumbuhan kolagen.

2. Vita-Lea : Multivitamin yang lengkap dengan zat besi dan membantu meningkatkan haemoglobin ibu yang sedang hamil.

3. B-Complex : Mencegah penyakit diabetes ketika hamil dan mengandungi asid folik yang bagus untuk perkembangan araf anak.

4. ESP Drink : Membantu meningkatkan sel-sel otot dan tulang bayi serta mengawal kadar kolesterol ibu yang sedang hamil.


SET HAMIL (2nd & 3rd Trimester)

1. Sustained Release Vitamin-C plus :Membantu meningkatkan imun ibu hamil dan meningkatkan pertumbuhan kolagen.

2. Vita-Lea :Multivitamin yang lengkap dengan zat besi dan membantu meningkatkan haemoglobin ibu yang sedang hamil.

3. Omega Guard : Membantu dalam perkembangan sel-sel otak bayi dan mengawal berat badan ibu hamil.

4. B-Complex :Mencegah penyakit diabetes ketika hamil dan mengandungi asid folik yang bagus untuk perkembangan araf anak.

5. Ostematrix : Membantu mengatasi masalah sakit-sakit otot, pinggang, sengal-sengal badan dan sembelit semasa hamil.

6. ESP DrinkMembantu meningkatkan sel-sel otot dan tulang bayi serta mengawal kadar kolesterol ibu yang sedang hamil.


Setiap vitamin memberi nutrisi yang berbeza terhadap ibu dan anak. Makanya, untuk kesan yang terbaik ibu amatlah digalakkan mengamalkan kesemua vitamin-vitamin tersebut.

Ibu sihat, anak sihat & bijak 

Anda juga boleh membeli secara online dengan menggunkan kredit/debit kad disini..

Bole dapatkan dengan seha yer
wassap/msg : 0189555760
fb: norfasihah sabran
email: sihazlee@gmail.com

Wednesday, March 30, 2016

UJIKAJI TAHAP KESTRESSAN ANDA

Assalamualaikum

Anda stress??? No No No..bahaya stress ni tau..

Seha baru sahaja selesai berkursus cara menguruskan stress & kerjaya. Sesuatu yang seha rasa menarik untuk dikongsi dalam blog ini adalah uji tahap ke"stress"an kita. Jom kita try jawab soalan-soalan di bawah ni yer...

Anda dikehendaki memberi skor mengikut skala seperti di bawah ni. (jgn tipu tau, jujur yer..hihi)

5  -  SELALU
3  -  KADANG-KADANG
1  -  JARANG


..........1. SAYA DAPAT MENGURUSKAN MASA DENGAN BERKESAN.

..........2. SAYA MENGGUNAKAN KENYATAAN ASERTIF UNTUK MELINDUNGI HAK SAYA SAMBIL BERKATA "TIDAK" TERHADAP ORANG LAIN

..........3. SAYA KERAP KALI BERKONGSI PERASAAN DENGAN ORANG LAIN YANG RAPAT DENGAN SAYA.

..........4. SAYA MEMBUAT KERJA SUKARELA KOMUNITI DAN KERJA INI BERMAKNA KEPADA SAYA.

..........5. SAYA MAKAN MAKANAN SEIMBANG DENGAN SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR

..........6. SAYA MEMBUAT LATIHAN AEROBIC SEKURANG-KURANGNYA TIGA KALI SEMINGGU

..........7. SAYA MENGAMALKAN LATIHAN KETENGAN SETIAP HARI

..........8. SAYA MENCEGAH KEBIASAAN YANG ,EROSAKKAN KESIHATAN DIRI.

..........9. SAYA MENGHABISKAN MASA SENGGANG YANG PENUH DENGAN PERMANDANGAN

.........10. SAYA ADA BERCAKAP DENGAN KETUA MENGENAI KOMITMEN DAN JANGKAAN KERJA SAYA.

.........11. SAYA ADA BERCAKAP DENGAN KELUARGA TENTANG PEMBAHAGIAN TANGGUNGJAWAB

.........12. SAYA MENDAPAT MASA YANG CUKUP UNTUK TIDUR SETIAP MALAM.

Anda isi markah disetiap soalan, kemudian campurkan kesemua markah tersebut. so, akan dapat total...dan total tersebut kita tengok ape maksudnya...

SKOR 50 - 60 : ANDA MELAKUKAN KERJA YANG BETUL UNTUK MENGURUS STRESS

SKOR 36 - 49 : STRESS ANDA DI TAHAP SEDERHANA

SKOR 35 ke bawah : ANDA MENGHADAPI MASALAH KESIHATAN DAN MENTAL. SEGERALAH BERJUMPA DENGAN DOKTOR.

Dah dapat keputusan? anda berapa di skor yang mane? hihihi. Skor yang seha dapat biarlah rahsia...

Semoga diri kita dapat mengawal & mengurus stress dengan baik supaya badan kita kekal sihat dan bertenaga. Bila kita stress otak kita pon jadi xberfungsi dengan baik kan...asyik tensionnnn je macam mane nak bahagia...

Shaklee ada vitamin yang boleh mengurangkan stress tau. best kan? B-COMPLEX dapat melawan tekanan iaitu dapat mengurangkan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan stress. Baik untuk mata, mencegah anemia & dapat meredakan senggugut.



yang benar,
Jutawan jelitawan seha
0189555760
fb: norfasihah sabran
email: sihazlee@gmail.com

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX


Assalamualaikum

Vitamin B Complex, seperti yg kita ketahui adalah vitamin B yg lengkap dengan 8 jenis vitamin B kesemuanya... Vitamin2 B ni bekerja sama antara satu sama lain utk membantu kita mengekalkan kesihatan.

Apa faedahnya Vitamin B ni ye? Adakah hanya utk ibu hamil & merancang nak hamil supaya anak tak kena spina bifida?


Betul ke kalau makan vitamin B complex nanti berat badan akan naik?

Faedah Vitamin B:

1) Mengurangkan risiko katarak. Katarak ni bila terjadi selaput dalam mata & mengganggu pengelihatan.

2) utk kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut

3) menguatkan imuniti tubuh dengan membantu menjaga sel darah putih.

4) Vitamin anti stress

5) Membantu metabolisma badan terutama hemosystin dan mengurangkan risiko sakit jantung.

6) menjaga kesihatan tiroid

B Complex adalah vitamin yg agak 'panas' jd memang kena minum air banyak2 (2-3L sehari).

Makan vitamin sbnrnya mmg kena minum banyak. kalau tak minum air nanti kita akan rasa lapar sbb otak kita terima isyarat "lapar" bila sel badan kita perlukan air. itu yg asyik nak makan je. Jadi, kena MINUM AIR, jangan makan banyak2 pula ye.

Cara nak jaga b complex supaya tak busuk adalah dgn menyimpannya di tempat yg teduh dan sejuk, seperti dalam almari bertutup dan dalam peti sejuk. jgn letak di tempat panas dan terbuka.. nanti ia akan berbau busssssuuuuukkkk.

B complex ni adalah salah satu vitamin favorit yg wajib ambil tau. Murah je satu botol boleh tahan 4 bulan!!!!


Boleh dapatkan vitamin B-Complex dengan seha yer..free konsultasi & harga pon menarik.

ikhlas dari jutawan jelitawan seha
wassap/msg 0189555760
fb: norfasihah sabran
email: sihazlee@gmail.com
smile emoticon.

Tuesday, March 29, 2016

Kenapa susah turun berat tapi senang naik?

Assalamualaikum 



Moga hari ini pembaca yang sedang membaca blog ini sihat dan dimurahkan rezeki yang deras sederasnya. 

Sape pernah merasa berat badan naik secara mendadak atau x sedar tetiba kawan yang dah lama x jumpa datang tegur "eh, besarnye kau"..touching x? hukhukhuk..pegi la nangis tepi bucu katil nun...

Balik-balik rumah belek badan dekat cermin..baru la perasan gelebeh sana gelebeh sini...OMG!!!!

kenapa susah turun berat tapi senang naik? bile diet mengambil masa berbulan-bulan untuk turun, tapi untuk naik sekejap je..seminggu pon dah boleh naik berkilo-kilo. Apa sebab? 

Sebab Low Metabolisme. Semakin berusia seseorang semakin rendah metabolisme dan semakin mudah untuk naik berat badan. 

Bagaimana nak percepatkan kadar metabolisme dalam badan?

1) Banyakkan makan sumber dari protein (isi ayam/ikan/tauhu) untuk memperbaiki dan membina tisu otot dalam badan

2) Kurangkan pengambilan carbo seperti nasi dan mee goreng. Carbo untuk memebri tenaga tetapi jika terlebih ia akan menjadi lemak dalam badan

3) Banyakkan pengambilan fibre (buah-buahan dan sayur-sayuran hijau) untuk detox dan mudah untuk penghadaman, mencuci usus agar sumber nutrien protein dan carbo dapat serap ke dalam badan sebagai yang berkhasiat.

4) Pemakanan yang seimbang penting kerana ia berkait rapat dengan pengambilan kalori agar dapat wujudkan kalori deficit dan elakkan kalori surplus agar berat badan tidak naik. so, nak makan kena kira jumlah kalori dulu ye, baru boleh makan. kalau terlebih pengambilan kalori, badan akan cepat naik.

5) Banyakkan aktiviti fizikal seperti bersenam. Bersenam ni banyak cara. Naik turun tangga pon dah di kira bersenam. mengemas rumah, menyapu, mengemop pon kategori bersenam. Asalkan aktiviti tersebut mengeluarkan peluh.

6) Pastikan dapat tidur yang mencukupi. Penuhi masa istirehat anda antara 7 hingga 8 jam sehari. Ini kerana bila tidak cukup berehat maka hormon dalam badan tidak dapat berfungsi dengan baik. Seterusnya menyebabkan metabolisme terpengaruh menjadikan berat badan senang naik.


TAPI BAGAIMANA SHAKLEE DAPAT MEMBANTU ANDA DALAM MENURUNKAN BERAT BADAN?

HAAAAA.....

YES!!! PROGRAM DIET SHAKLEE MENGGUNAKAN 3B SAHAJA
BAKAR.....BUANG....BINA

1) BAKAR - LECITHIN

Berfungsi untuk memecahkan lemak

2) BUANG / DETOX - HERBLAX/ALFALFA

Berfungsi sebagai detox iaitu proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

3) BINA - ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN)

Berfungsi buat rasa kenyang dan meningkatkan kadar metabolisme badan kerana ianya memberi sumber tenaga yang badan kita perlukan.

Hanya semudah 3B sahaja. marilah kita berdiet dengan sihat. Kurus dapat, cantik pon dapat, sihat lagi la dapat...

Mana nak dapatkan semua ni bole hubungi seha yer untuk dapatkan keterangan yang lebih lanjut dan konsultasi percuma seha beri. 

Salam sayang dari Jutawan Dermawan Seha

Meh pm/wassap 0189555760
fb: norfasihah sabran
email: sihazlee@gmail.com

KAU BEGITU AKU BEGINI


1. Seorang wanita 42 tahun datang klinik untuk routine maternity checkup. Usia kandungan baru 15 minggu. Kata dia, dia saja stop pil perancang bulan 12 tahun lepas. Tak sangka lekat pulak. Kata dia lagi, anak kedua dia bakal melahirkan anak lepas raya nanti. Dia ingatkan nak jaga cucu, tak sangka nanti kena jaga anak sendiri pulak hihi. Kata dia, dia meloya 4 bulan, suami asyik muntah2,check pregnancy test 4 bulan pun negative, tapi perut makin besar. Doktor rujuk untuk scan tengok2 dah ada kantung baby. Lepas habis scan dia malu nak balik rumah. Malam tu dia bagitau suami, suami dia seronok bukan main. Dia ja malu2 hihi.

2. Seorang remaja 16tahun. Masih bersekolah & kehidupan agak liar. Terlanjur bersama kekonon cinta hati sampai mati. Dah sah mengandung. Menangis dan keluarkan kata2 kesat. Kata dia, dia hanya nak seronok2 tak sangka jadi. Selama ni elok ja tak lekat. Astagfirullah. Saya hanya boleh nasihatkan sebab kalau marah pun tak berguna. Harap dia tak gugurkan anak itu. Ramai sangat yang mahu mengandung tapi tak dapat2.

3. Seorang wanita baru lepas kahwin bulan lepas. Bulan ni dah dapat tahu mengandung. Alhamdulillah. Seronok tengok riak wajah dia dan suami bila scan nampak kantung bayi & denyutan jantung. Ini momen paling best bila aku jaga klinik ibu anak. Belum bila dah nampak tangan kaki gerak & kadang2 ada rezeki nampak jantina baby. Seronok mereka, gembira lagi aku.

4. Seorang wanita 35 tahun. Berkahwin umur 23 tahun. Sudah 12 tahun menanti pregnancy test positive. Siap ambil anak angkat, siap buat bermacam jenis test, siap makan itu ini, jumpa ustaz dan sebagainya. Tapi masih negative. Allah belum masih mahu memberi rezeki anak untuk mereka. Tetapi alhamdulillah hubungan mereka laki bini bahagia even dgn anak angkat yang satu tu.

5. Seorang wanita 26 tahun. Berkahwin lepas spm. Sudah beranak tiga dan memutuskan untuk memotong tiub peranakan. Sebab ingat semua akan ok dan takmahu mengandung lagi. Mana tau allah mahu menguji, di usia 30, suami ceraikan dia. Tiga tahun lepas tu dia kahwin lain dan suami baru mahu anak. Allah punya nak uji. Tiub itu cuba disambung balik tapi penuh komplikasi. Dan suami baru pun ceraikan dia juga. Nauzubillah.

Cerita mengandung ni ada bermacam warna. Ada yang seindah pelangi, ada yang kelam suram & ada yang suam suam.

Tak semua orang gembira dengan kandungan. Tak semua orang bahagia bila ada anak. Tak semua orang mahu zuriat.

Tapi allah takkan beri atau takberi dengan sengaja. Pasti bersebab. Pasti ada hikmah di sebalik setiap sesuatu.

Jika allah sudah kurniakan kamu anak, maka jagalah amanah yang satu itu sebaiknya. Dialah penyambung zuriat, dialah cermin ibu bapa dia.

Jika allah masih tidak mengurniakan zuriat lagi untuk kamu, maka bersabarlah. Berusahalah sehabis baik dan berdoa. Pasti ada sebab musabab kenapa masih belum ada anak. Mungkin allah masih rindu nak dengar rintih rayu kita.

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ كَمَثَلِ الْبَهِيمَةِ تُنْتَجُ الْبَهِيمَةَ هَلْ تَرَى فِيهَا جَدْعَاءَ[2]
“Setiap bayi itu dilahirkan atas dasar fitrah. Maka kedua orang tuanyalah yg membuatnya menjadi Yahudi Nashrani atau Majuzi.”

Redha & bersyukurlah dengan apa yang ada pada kita sekarang.
Kerana kasut hidup kita takkan sama dengan kasut hidup orang lain.

kredit to : fb Datin Erna Nadia

Friday, March 25, 2016

HAID tidak teratur dan cara mengatasinya

Assalamualaikum

Wanita dan haid sangat sinonim. Bagi seorang wanita kedatangan haid itu sangat penting kerana ianya memberi maksud yang badan kita sihat dan organ peranakan kita juga berfungsi normal sihat dan subur. Bila Haid menjadi tidak teratur hati mula rasa gundah gulana. 


"Eh, kenapa bulan ini haid x datang-datang lagi ni?" mula la risau. Badan pon rasa x sedap, yela darah kotor x keluar dari badan kita kan. 


Lagi-lagi bila dah berkahwin, haid pula tidak teratur. Potensi untuk ada cahaya mata tu agak kurang jika dibandingkan dengan orang yang haidnya teratur. Ini kerana bila haid teratur bermaksud seorang wanita itu subur dan berpotensi untuk hamil adalah tinggi. 


Kenapa HAID menjadi tidak teratur? antara  sebabnya adalah:-



  • KEGEMUKAN - berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita. Ia seterusnya menyebabkan gangguan kepada kitaran haid.


  • KEHAMILAN - haid tidak akan datang sekiranya anda positif hamil! Ini kerana ovum yg dikeluarkan pada kitaran haid sebelumnya telah disenyawakan. 


  • BERLEBIHAN HORMON PROLAKTIN - hormon prolaktin yg berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid lewat untuk berbulan-bulan lamanya.


  • TERLALU KURUS - tidak cukup lemak di dalam badan juga boleh mengganggu kitaran haid anda. Oleh itu, anda haruslah mempunyai berat badan yg sihat & seimbang.


  • MASALAH KESIHATAN - sakit secara tiba-tiba seperti demam, selsema ataupun penyakit yg memerlukan rawatan intensif mampu memberikan tekanan fizikal kepada tubuh dan sekaligus mengganggu kitaran haid.


  • MENOPAUS - ia berlaku kepada wanita yg berusia lewat 40-an. Pada kebanyakan kes, haid akan semakin sedikit dan jarang-jarang berlaku.

  • PENCEGAH HAMIL - pil atau ubat-ubatan hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon boleh menyebabkan gangguan haid. Terdapat sesetengah wanita yang tidak didatangi haid sepanjang menggunakan implanon.


  • TEKANAN/STRESS - stress atau tekanan dalam bentuk fizikal & mental dari tempat kerja atau kehidupan seharian contohnya mampu mempengaruhi hormon dan seterusnya kitaran haid.


  • PENYUSUAN BADAN - sekiranya anda menyusukan bayi secara eksklusif, hormon di dalam badan anda lebih menyediakan badan anda untuk menghasilkan susu untuk si bayi. Terdapat sesetengah ibu menyusu yg langsung tidak didatangi haid sehingga 1 atau 2 tahun lamanya!


  • TERSILAP PENGIRAAN - 40% wanita didapati gagal mengingati tarikh hari pertama LMP mereka. Jumlah hari dalam kitaran mereka juga mungkin tidak tepat antara 28-35 hari. Ini boleh memanjangkan lagi kitaran untuk sampai ke 'hari subur' dan kesilapan menjangka kedatangan haid yg seterusnya.


  • MASALAH TYROID - hormon yang dirembeskan oleh tyroid boleh menyebabkan gangguan kepada hormon badan sekaligus kitaran haid wanita.


  • UBAT-UBATAN - jamu tradisional, ubat kurus ataupun ubat-ubatan penyakit kronik boleh menyebabkan gangguan kitaran haid wanita.

Shaklee boleh membantu mana-mana wanita yang kedatangan haidnya tidak stabil.



Bagaimana Shaklee boleh membantu? Ya, GLA COMPLEX boleh menstabilkan kembali period anda!!!!



GLA COMPLEX berfungsi menstabilkan hormon dan sangat baik diambil oleh wanita, ia menjaga dalaman dan kesannya, sangat baik. Dengan bahan asasnya minyak Bunga Borage, minyak biji bunga matahari serta Vitamin E semulajadi, GLA Complex juga mampu untuk:
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf

Berminat? boleh hubungi seha untuk mendapatkan harga menarik & konsultasi percuma 

whatAps/SMS 0189555760

fb : norfasihah sabran
email : sihazlee@gmail.com

Wednesday, March 23, 2016

10 sebab kenapa pengambilan protein penting untuk wanita


Tentu ramai diantara anda yang tahu mengenai manfaat dan kepentingan protein dalam diet seharian. Pengambilan protein yang mencukupi dapat membantu membina dan membaiki otot atau tisu yang rosak. Protein juga berperanan menghasilkan enzim dan hormon, menyokong sistem imun dan mengekalkan tahap tenaga dan stamina yang tinggi.

Kebanyakkan protein dalam diet kita berasal dari produk berasaskan haiwan seperti daging, ikan, ayam, telur dan susu dan terdapat juga berasaskan tumbuhan seperti kekacang. Menyedari kepentingan protein dalam diet ramai juga diantara kita yang mengambil makanan tambahan bagi mencukupkan pengambilan protein seharian.


Melalui satu kajian oleh fitnessrxwomen, mereka mempercayai bahawa pengambilan protein oleh kaum wanita sangat signifiken bukan sahaja dengan kesihatan malahan kecantikan. Berikut adalah 10 fakta mengapa protein sangat penting kepada wanita yang mementingkan kesihatan dan kecantikan.


1) Membantu mengekalkan berat badan ideal


Melebihkan protein di dalam diet serta mengurangkan pengambilan karbohidrat membantu mengurang tisu lemak dalam tubuh. Amalan secara berterusan mampu mengekalkan berat badan ideal.


2) Membantu mengawal rasa lapar


Mengambil sajian tinggi protein seawal pagi seperti greek yogurt bersama buah-buahan segar akan mengaktifkan hormon untuk bertindak balas menyekat rasa lapar sepanjang hari.


3) Membuat anda rasa kenyang


Pengambilan makanan berprotein tinggi membantu mengawal selera dan memberi rasa kenyang yang lebih lama berbanding karbohidrat dan lemak.


4) Protein membantu membakar lebih banyak kalori


 Berbanding diet tinggi karbohidrat, diet tinggi protin mencetuskan proses themogenesis yang lebih tinggi. Thermogenesis adalah proses di mana tubuh meningkatkan pengeluaran tenaga dan lebih protein akan memberi isyarat kepada tubuh untuk membakar lebih banyak kalori sebelum, semasa dan selepas makan.


5) Protein penting untuk penjagaan tulang


 Jumlah protein dalam diet harian boleh memberi kesan kepada tahap kalsium dalam badan. Diet rendah protein memberi kesan kepada sistem pencernaan untuk menyerap kalsium dan secara tidak langsung keperluan kalsium badan akan diperolehi dari sistem rangka badan. Apabila ini berlaku, individu akan mengalami kehilangan kepadatan tulang.


6) Membantu melawan penuaan


Melalui proses penuaan seseorang akan kehilangan jisim otot dan untuk memastikan proses penuaan tidak mengganggu pertumbuhan otot maka pengambilan protein disamping senaman yang teratur amat penting.


7) Melindungi anda dari stress


 Stress bukan sahaja memberi tekanan kepada mental malah turut membuatkan segala sistem dalaman menjadi tidak menentu serta mampu merencatkan hormon. Pengambilan lebih protein dari yang disarankan adalah bagus kerana ianya mampu mengembalikan dan memulihkan sistem tubuh badan.


8) Bagus untuk kulit


Kulit merupakan anggota badan yang paling terdedah kepada sinaran matahari serta sinaran uv yang boleh merosakkan kulit. Pengambilan diet yang tinggi dengan asid amino serta penggunaan pelindung matahari yang bagus mampu melindungi serta mengurangkan kesan uv. Protin juga penting untuk proses regenerasi sel kulit agar ianya sentiasa terlihat mulus, tegang dan awet muda


9) Bagus untuk rambut


 Rambut adalah mahkota seseorang wanita. Jika inginkan rambut lebat serta sihat maka perlulah mengambil protein yang secukupnya. Diyakini dengan pengambilan protein, masalah kegugurun serta pertumbuhan rambut yang terencat dapat diatasi.


10) Makan tanpa rasa bersalah kerana ianya SEDAP


Ramai yang merasakan untuk memiliki tubuh yang cantik perlulah mengambil sayur-sayuran dengan jumlah yang banyak dan mengurangkan pengambilan protein serta karbohidrat. Namun begitu, pengambilan protein yang secukupnya melalui diet seimbang amat penting bagi tubuh badan kerana pertumbuhan otot, tulang sehinggalah ke rambut amat memerlukan asid amino. Jadi jangan rasa bersalah hanya kerana anda menikmati hidangan yang mengandungi ikan daging dan sebagainya.


Sumber daripada Laman Web Rasmi Institut Sukan Negara


Shaklee mengeluarkan minuman berasaskan soya non GMO iaitu ESP (Energizing Soy Protein) yang memberi sumber tenaga & protein kepada tubuh badan. Ianya sangat membantu wanita untuk jadi lebih cantik, kulit berseri tidak kusam, jerawat hilang,parut pudar, gebu gebas, stabilkan hormon dan bermacam-macam lagi kelebihan ESP ini.



     selulit tiada...gastrik hilang...jerawat pudar

 kuku cantik....keloid pudar & lembut....
                       
Mahu mencuba?
Hubungi seha yer untuk dapatkan harga menarik dan konsultasi percuma.

0189555760

Fb : norfasihah sabran
email : sihazlee@gmail.com

Rugi siapa yang tak baca

Assalamualaikum...rugi sapa yg tak baca....

CONSULTANT BANK MALAYSIA DEDAH RAHSIA KEKAYAAN

Kisah benar 21/02/2015

Lebih kurang jam 12.30 tengahari aku singgah di Car Wash area Kuantan.

Berhentikan kereta, matikan enjin dan serahkan kunci kereta kepada budak cuci kereta. Nepal ke, Myanmar ke aku tak pasti. Terlihat kereta parking sebelah kereta aku Chevrolet Camaro (Transformers) yang dalam kiraan harga bagi aku yang perminat supercar ini dalam harga RM400k pada permulaannya.

Aku melangkah masuk ke bilik menunggu kaca. Pada perkiraan aku lebih baik duduk menunggu di dalam aircond, memandangkan cuaca agak panas.

Aku duduk dan memandang ke belakang dan menegur brother yang kebetulan sedang membaca. Aku agak buku-buku bermotivasi tinggi di tangannya.

Aku pun bertanya,

"Kereta bos ke tu?"

Smart giler! Dia hanya menganguk sambil tersenyum...

"Dari mana bos?"

Dari Tun Hussien Onn katanya. Bisnes ke?

Consultant jawabnya.
Oooh...

"Consultant untuk pinjaman perniagaan dan penasihat kepada bank-bank di Malaysia".

"Woww"!!! 

Mesti best jawab hati aku.

"Saya dah 30 tahun dalam bidang ini," katanya.

Aku tanya dia, 

"Macam mana ye jika saya mahu mengembangkan perniagaan yang ada kepada lebih besar dengan modal yang tak seberapa ada?"

Dia tersenyum dan katanya,

"Saya nasihatkan guna apa yang kita ada tanpa membuat sebarang pinjaman bank. Apa yang ada, besarkan modal.
Saya bermula dari kecil. 

Mula ada RM10k,
kemudian RM20k,
RM60k, RM80k, kemudian kepada RM100k, RM200k, RM400k dan RM800k. Cuba guna sumber yang ada untuk kegunaan perniagaan.
Paling seronok jika dapat RM1 juta yang pertama. Selepas itu untuk mendapat RM1 juta yang ke-2 terlalu mudah dan pantas," katanya.

Aku terdiam..

"Ramai orang susah datang berjumpa saya, mereka bertanya apa rahsia saya? Saya akan berkata,

"Allah jadikan dunia ini untuk kita, kita dikurniakan akal, gunakan sebaik mungkin. Jujur dan jangan menipu. Ramai yang tak yakin janji Allah sedangkan dia suruh berdoa, mintalah apa sahaja dan "pasti" akan ditunaikan.

"Yang paling utama, kita kena bersihkan seluruhnya. Solat 5 waktu, dhuha jangan tinggal, bangun tahajud malam.
Minta sungguh-sungguh. 

Pekerja saya, bila azan ber
gema, saya arahkan tinggalkan kerja 'sekarang'.

Tiada nilai 1 sen pun jika buat kerja waktu tu! Allah panggil kita menghadap dia. Tapi kadang kala kita cakap,

"Tunggu jap aku nak siapkan lagi 1 lagi!"

Allah itu pencipta alam semesta. Kita boleh cakap pula pada DIA macam tu?,"

Dammm !!!

Tersentap aku..

Katanya lagi,

"Ramai yang datang minta kerja. Soalan pertama saya tanya,
"Awak solat tak 5 waktu?"

Jika ada master, degree , diploma atau bapak gajah sijil pun, jika tak solat saya tak akan terima. Ada yang datang nak suruh support buat pinjaman RM100k, RM1 juta, RM50 juta atau RM500 juta saya boleh tolong. Bagi kertas kerja pada saya, saya selidik dan sain serta recommend pada bank dan bank akan luluskan. Tetapi soalan pertama saya tanya dulu,

"Awak solat tak 5 waktu? 

Jika tidak, awak balik saja," katanya.

Ada yang berkata, 

"Abang tu bawa 'Transformers' pergi masjid". Jika saya, bawa Kancil je..

Katanya, "Kereta itu milik Allah. Dia bagi pinjam je tu. Apa salahya saya bawak dia pergi menghadap Allah? Hati niat kena betul, jangan niat nak menunjuk-nunjuk. Niatkan nak cepat menghadap Allah, nak memotivasikan orang lain supaya lebih rajin berusaha. Kereta itu saya beli hampir RM700k import. Di atas jalan raya Malaysia cuma ada 2 biji je orang pakai. Saya bukan tak mahu Ferrari atau Lamborgini. Sebab ekzos dia bising.

Kereta Chevrolet Mustang ini lagi laju dari Ferrari atau Lamborgini. Kereta ini 6.2CC. Ferrari dan Lamborgini baru 4.8CC. 

10% dari pendapatan saya tetap untuk anak yatim, fakir miskin. Niat apa yang kita ada untuk manfaat pada orang lain. Kereta itu cuma besi yang diisi enjin, dituang minyak. Start dan berjalanlah dia. Jika kita ukur panjangnya pun dah tak muat masuk kubur".

Satu lagi pesan saya. 

"Berkawan", kita yang perlu pilih.
Pilih orang yang boleh membawa kita kepada kebaikan di dunia dan yang paling utama, Akhirat.

Dunia ini pinjaman..

Carilah pinjaman yang terbaik disini. Untuk kekayaan sebenar di sana.

Waah !!! hebat giler bila berjumpa somebody.
InsyaAllah, kata-katanya dan pengalaman beliau sangat-sangat membantu.

Sampaikan...

Selalu kita akan tanya apa rahsia utk kaya...tapi kita lupa untuk jaga hubungan dengan Yang Maha Kaya...

Peringat utk diri sendiri dan anda kawan² yg bakal kaya, InsyaAllah..

Saya mohon kepada gadis-gadis dan juga para abang-abang, adik-adik, baca post ni sampai habis.

Saat memandang kain sempit mu,
seluar ketat mu,
baju sendat mu,
tudung singkat mu,
solat dan ibadahmu...
Aku ingin sekali menegurmu.
Namun,
Sering saja terkaku. Rasa tak mampu..

Kerana merasa diri bukanlah insan yang terbaik untuk menegur. Jauh di sudut hati terasa bimbang. Aku bimbang di akhirat kelak. Kau akan mempersoalkan aku.

"Kau sahabat aku. Kenapa kau tak tegur aku dulu ?
Kau memang sengaja nak aku ke neraka kan ?
Kau sengaja nak bahagia masuk syurga sendirian kan ?
Aku kurang ilmu agama. Tapi kau tinggi ilmu agama. Mana ajaran agama kau tu ?
Kenapa kau tak guna untuk bantu aku ?
Kau tunggulah di akhirat kelak.
Aku akan tarik kau masuk neraka sebab kau tak tegur aku."

AllahuAkhbar..

Sahabat,
Begini lah cara aku menegur mu.
Dengan post kecil ini. Hari ini..
Sekurang - kurangnya.
Bila aku di soal Nya di akhirat nanti.
Tentang apa yang aku lakukan untuk sahabatku..

Aku boleh jawab bahawa,
"Aku telah menegur mereka.



Moga dengan redha Allah atas usaha kita mencari rezeki yang halal, Allah memberi ganjaran yang besar buat kita. PERCAYA dengan KUASANYA.


Pengedar shaklee
seha
0189555760
Fb : norfasihah sabran
email : sihazlee@gmail.com